Monday, August 15, 2011

SEMINGGU MERENUNG BERSIH 2.0

Tajuk je. Tak join pun. Mungkin ada baiknya. Tapi selepas diteliti dengan halus dan kasar yang aku nampak lagi banyak negatif.Nak komen banyak-banyak tak boleh sebab tak tahu sangat pasal politik ni.Tapi sayangilah negara kita yang aman dan makmur ini.
CERITA 1
Tapi nak dijadikan cerita, sehari selepas peristiwa tersebut aku ada pergi bandar Ganu. Masa perjalanan balik tu aku ada singgah beli keropok,beli punya beli lalu akak tu bertanya :
Akak      :               Mari mane dik???(loghat Ganu).
Aku        :               Mari bando.beli barang skek...
Akak      :               Oooo...Ingat baru balik dari 'bersih'..
Tergezut aku.Lama juga aku berfikir...What's wrong with my face???ada tulis apa2 ke sampai dia tanya macam tu???Nak cakap aku pakai pakaian kuning masa tu tak pun.Sampai hari ini aku tertanya-tanya.
CERITA 2
Kat tempat aku ada ramai jugak yang pembersih.Maknanya orang yang join bersih la.Kan masa bersih beraktiviti tu polis suruh tutup semua kedai.Beberapa hari lepas hari bersih dia ni pun balik dari KL.Aku ada dengar juga la dia bercerita sikit-sikit.Dia marah polis suruh tutup kedai tu sebab dia cakap semua perniaga mesti suka masa tu ramai orang.Nanti mesti semua barang jualan laku.Yeake???Dah tu macam mane aku boleh tengok video cashier tengah menangis bawah meja masa bersih????Tak tahu la kalau dia menangis sebab gembira sangat.Renung-renungkan lah.

0 comments:

Post a Comment