Monday, August 15, 2011

KENAPA SENIBINA????

Kenapa?Susah nak terangkan.Dulu masa kecik cita-cita nak jadi jurutera.Sampai remaja, tapi terpaksa lupakan sebab keputusan SPM teruk sangat.Matrikulasi pun sangat mengecewakan.Tak tahu la kenapa senibina ni tak terlintas dalam kepala ni.Di saat aku down (dah terseret atas tanah kot), aku gagahkan diri untuk isi UPU sebelum pilihan terakhir berkerja.Pastu kena panggil temuduga, Encik Anuar dan Miss Ong kot temuduga aku.Mula-mula gementar, tapi masa temuduga rasa macam tak nak balik.Tunggu punya tunggu dapat juga aku kemasukan Julai.Mulai saat itu, senibina mengubah segalanya.Aku adalah aku yang baru.Tak macam dulu dah sebab aku penah bagi tahu Encik Anuar dan Miss Ong aku dah insaf masa temuduga.haha.Dulu sebelum belajar senibina semua benda nampak cantik tapi selepas belajar senibina banyak benda baru yang aku dapat.Tak semestinya bangunan je, kerusi, meja, cawan, pondok, warna, macam-macam lagi lah.Tak terkira sebab banyak sangat.Sampai sekarang aku fikir kenapa dari dulu lagi aku tak pilih senibina padahal senibina paling menepati cita-cita aku.Sekarang aku ada cita-cita baru dah, nak jadi ARKITEK dan aku bersyukur sangat kerana aku kini berada di UiTM Perak, Sarjana Muda Sains (Senibina).

0 comments:

Post a Comment