Monday, August 15, 2011

PENYU MENANGIS LAGI


Bukan bola sepak tapi betul-betul penyu la.Siapa yang tidak kenal penyu, mengikut kajian yang telah dijalankan, penyu telah wujud semenjak zaman dinasour lagi.Dah nak pupus dah.Mesti pelik apa hal la tiba-tiba cakap pasal penyu ni.Sebenarnya saja nak cerita yang hari tu aku ada ikut ranger WWF pergi tengok penyu bertelur.Tak sia-sia penyu menangis sebab telurnya diambil untuk diselamatkan dan dibawa ke rantau abang untuk ditetaskan.Penyu yang dah menetas pula akan dilepaskan semula ke pantai iaitu tempat di mana ibu penyu tersebut bertelur.
Jangan main-main masa penyu bertelur dan jangan ingat penyu perlahan serta lembap.Jika penyu ini terkejut masa bertelur perkara di luar dugaan akan berlaku.Kalau pernah tengok lembu terkejut, begitu juga lah reaksi penyu apabila berlaku perkara yang sama.
Sebelum penyu tu balik ke laut, ranger tu suruh terbalikkan ibu penyu tu.Bukan nak buli mak penyu tu tapi untuk kebaikan penyu tu juga untuk pasang tag pada kaki.Ranger tu bagi pencukil kat aku untuk buang teritip pada kulit penyu sebab teritip tu boleh menyakitkan dan menyebabkan badan penyu menjadi berat kelak.

Aku sempat juga pergi lepas anak punya ni.Bunyi macam senang.Bila buat baru tahu.Tempat lepas tu kena betul-betul gelap.Lampu telefon tak boleh,flash kamera pun tak boleh tapi lampu merah tak apa.Kalau tak nanti anak-anak penyu tu tidak turun ke laut tapi ikut kearah cahaya.Aku pun tak tahu kenapa tak apa tapi penyu tiada tindak balas dengan lampu merah.Dalam banyak-banyak anak penyu tu belum tentu semua akan hidup menjadi dewasa sebab kat tengah laut tu banyak sangat haiwan pemangsa contohnya helang, jerung, ikan-ikan besar dll.

0 comments:

Post a Comment