Sunday, October 2, 2011
Monday, August 15, 2011
'XTOPIA' XTRAVAGANZA
Sape pernah dengar???Dikenali juga sebagai vertical city yang terletak di Shanghai, China.Sangat tinggi dan sangat besar.Pertama kali tahu pasal bangunan ni kat Discovery Channel.Puncaknya dikatakan akan berada di luar lapisan atmosfera bumi.Dasyat kan???Ada banyak tingkat contohnya untuk perumahan, pertanian, perniagaan, taman dll.Dia punya tapak pun dah sama besar dengan skyscraper yang ada kat sebelah dia tu.
KENAPA SENIBINA????
Kenapa?Susah nak terangkan.Dulu masa kecik cita-cita nak jadi jurutera.Sampai remaja, tapi terpaksa lupakan sebab keputusan SPM teruk sangat.Matrikulasi pun sangat mengecewakan.Tak tahu la kenapa senibina ni tak terlintas dalam kepala ni.Di saat aku down (dah terseret atas tanah kot), aku gagahkan diri untuk isi UPU sebelum pilihan terakhir berkerja.Pastu kena panggil temuduga, Encik Anuar dan Miss Ong kot temuduga aku.Mula-mula gementar, tapi masa temuduga rasa macam tak nak balik.Tunggu punya tunggu dapat juga aku kemasukan Julai.Mulai saat itu, senibina mengubah segalanya.Aku adalah aku yang baru.Tak macam dulu dah sebab aku penah bagi tahu Encik Anuar dan Miss Ong aku dah insaf masa temuduga.haha.Dulu sebelum belajar senibina semua benda nampak cantik tapi selepas belajar senibina banyak benda baru yang aku dapat.Tak semestinya bangunan je, kerusi, meja, cawan, pondok, warna, macam-macam lagi lah.Tak terkira sebab banyak sangat.Sampai sekarang aku fikir kenapa dari dulu lagi aku tak pilih senibina padahal senibina paling menepati cita-cita aku.Sekarang aku ada cita-cita baru dah, nak jadi ARKITEK dan aku bersyukur sangat kerana aku kini berada di UiTM Perak, Sarjana Muda Sains (Senibina).
SEMINGGU MERENUNG BERSIH 2.0
Tajuk je. Tak join pun. Mungkin ada baiknya. Tapi selepas diteliti dengan halus dan kasar yang aku nampak lagi banyak negatif.Nak komen banyak-banyak tak boleh sebab tak tahu sangat pasal politik ni.Tapi sayangilah negara kita yang aman dan makmur ini.
CERITA 1
Tapi nak dijadikan cerita, sehari selepas peristiwa tersebut aku ada pergi bandar Ganu. Masa perjalanan balik tu aku ada singgah beli keropok,beli punya beli lalu akak tu bertanya :
Akak : Mari mane dik???(loghat Ganu).
Aku : Mari bando.beli barang skek...
Akak : Oooo...Ingat baru balik dari 'bersih'..
Tergezut aku.Lama juga aku berfikir...What's wrong with my face???ada tulis apa2 ke sampai dia tanya macam tu???Nak cakap aku pakai pakaian kuning masa tu tak pun.Sampai hari ini aku tertanya-tanya.
CERITA 2
Kat tempat aku ada ramai jugak yang pembersih.Maknanya orang yang join bersih la.Kan masa bersih beraktiviti tu polis suruh tutup semua kedai.Beberapa hari lepas hari bersih dia ni pun balik dari KL.Aku ada dengar juga la dia bercerita sikit-sikit.Dia marah polis suruh tutup kedai tu sebab dia cakap semua perniaga mesti suka masa tu ramai orang.Nanti mesti semua barang jualan laku.Yeake???Dah tu macam mane aku boleh tengok video cashier tengah menangis bawah meja masa bersih????Tak tahu la kalau dia menangis sebab gembira sangat.Renung-renungkan lah.
PENYU MENANGIS LAGI
Bukan bola sepak tapi betul-betul penyu la.Siapa yang tidak kenal penyu, mengikut kajian yang telah dijalankan, penyu telah wujud semenjak zaman dinasour lagi.Dah nak pupus dah.Mesti pelik apa hal la tiba-tiba cakap pasal penyu ni.Sebenarnya saja nak cerita yang hari tu aku ada ikut ranger WWF pergi tengok penyu bertelur.Tak sia-sia penyu menangis sebab telurnya diambil untuk diselamatkan dan dibawa ke rantau abang untuk ditetaskan.Penyu yang dah menetas pula akan dilepaskan semula ke pantai iaitu tempat di mana ibu penyu tersebut bertelur.
Jangan main-main masa penyu bertelur dan jangan ingat penyu perlahan serta lembap.Jika penyu ini terkejut masa bertelur perkara di luar dugaan akan berlaku.Kalau pernah tengok lembu terkejut, begitu juga lah reaksi penyu apabila berlaku perkara yang sama.
Sebelum penyu tu balik ke laut, ranger tu suruh terbalikkan ibu penyu tu.Bukan nak buli mak penyu tu tapi untuk kebaikan penyu tu juga untuk pasang tag pada kaki.Ranger tu bagi pencukil kat aku untuk buang teritip pada kulit penyu sebab teritip tu boleh menyakitkan dan menyebabkan badan penyu menjadi berat kelak.
Aku sempat juga pergi lepas anak punya ni.Bunyi macam senang.Bila buat baru tahu.Tempat lepas tu kena betul-betul gelap.Lampu telefon tak boleh,flash kamera pun tak boleh tapi lampu merah tak apa.Kalau tak nanti anak-anak penyu tu tidak turun ke laut tapi ikut kearah cahaya.Aku pun tak tahu kenapa tak apa tapi penyu tiada tindak balas dengan lampu merah.Dalam banyak-banyak anak penyu tu belum tentu semua akan hidup menjadi dewasa sebab kat tengah laut tu banyak sangat haiwan pemangsa contohnya helang, jerung, ikan-ikan besar dll.
WARNA WARNI BALAI RAYA
Bunyi macam pesta je tapi tak pun, kerja aku lah jugak tu.Cat balai raya.Ingat kan senang je tapi dan seminggu lebih dah terpaksa menghadap balai raya tu sampai hari ni tak siap-siap.Bulan puasa pulak tu,fuh....penat-penat.Tapi jangan jadikan tu sebagai alasan.Jadikannya sebagai jalan untuk kita menjadi orang yang lebih baik.Sikit je lagi nak siap.Sekarang baru aku tahu susahnya orang yang kerja jadi tukang cat.
Subscribe to:
Posts (Atom)